December 28, 2011

KEK, APAM POLKA DOT DAN BLUEBERI CHEESE TAT

Alhamdulilah....musim cuti sekolah ni adalah bulan rezeki buat mak andam, katerer, DJ dan tak ketinggalan juga bagi usahawan2 yg menceburkan diri dalam bidang bakeri...berbagai2 tempahan yang d terima...ada yg simple, ada yg sedang2 saja dan ada juga yg berat2....penattttttttttttt.............tapi......seronokkkkk......
seronok bila hasil yang d buat mendapat pujian daripada customer...maklum, bg saya yg x profesional dalam bidang deco mendeco ni macam2 perasaan ada....takut kalau x dapat memuaskan hati pelanggan.biar untung sedikit asalkan pelanggan berpuas hati...

Nilah antara hasil yg di keluarkan oleh BAKERI NORFUZI masa cuti sekolah ni.
YANG LAIN2 AKAN D UPLOAD KEMUDIAN K...






KEK KAPAL TERBANG

alhamdulilah.....satu cabaran yg amat berat telah dapat d laksanakan....mula2 dpt tempahan drp mimi anak cikgu rosli pkg k.pilah, nk kek kapal terbang utk hantaran pertunangannya, adoiii.....cemas, risau, semua ada. maklum...masih amatur lam bidang ni....puas gak la survey sana sini....akhirnya jumpa gak jalan penyelesaiannya.....

terima kasih tak terhingga jugak kpd anak didik merangkap pembantu saya iaitu zulfadzli kerana telah sama2 berusaha untuk merealisasikannya.... tu la kan, kalau x berani menyahut cabaran, x tau kelebihan yang kita ada....ini lah hasilnya...

December 17, 2011

SALAM AKHIR TAHUN 2011....HIDANGAN DGN WARNA KELABU....

syukur alhamdulilah....masih dipanjangkan usia dan disihatkan tubuh badan untuk meneruskan kehidupan ini....dah lama tak update blog ni....frust yang amat sangat sebab handphone buat hal....banyak gambar yg diambil x dapat nak upload.....

Bulan Disember ni adalah bulan yg sgt d nanti2kan oleh bakal2 pengantin...setiap minggu sana, sini penuh dengan undangan perkahwinan....saya suka sangattttt...... sebab alhamdulilah, banyak tempahan yang diterima....

Terima kasih kepada semua kawan2,sahabat,kenalan,saudara mara dan insan2 yang sudi menggunakan khidmat BAKERI NORFUZI untuk membekalkan door gift,kek hantaran dan kek kahwin dan sebagainya....

Setelah lebih daripada 20 tahun saya menceburkan diri dalam projek uli menguli tepung ni, tapi baru semalam JUMAAT 17/12/2011 saya menerima tempahan dan membuat KEK KAHWIN WARNA KELABU ( GREY )......
Adusssssss.......berpinau jugak biji mata tengok warna kelabu asap tu...maklum...saya x berapa suka dengan warna yang maghrib2 ni....saya suka yg terang benderang........Ye la....masing2 tak sama kesukaan dan kegemaran kan???

JENG JENG JENG........TARAAAAAAAAAAAAAAA..........