January 30, 2011

Latar belakang

Norfuziecookies telah menceburkan diri dalam lapangan pembuatan 'cakes & cokies'  sejak lebih daripada 20 tahun yang lalu. Bermula daripada semangat ingin mencuba dan kemudian memperkenalkannya kepada saudara mara serta sahabat handai, ia melangkah ke depan kerana melihat potensi dan komen-komen memberangsangkan daripada mereka yang telah merasanya.  Cookies terawal diperkenalkan beliau ialah tat nanas.  Keunikan tat ini ialah resepinya yang menggunakan 100% pure butter.  Nanas yang digunakan pula merupakan nanas parut yang dicampur dengan gula batu.  Pada peringkat awal tat nanas gulung norfuzie dibuat 100% secara manual tetapi setelah permintaan terlalu banyak dan bagi memenuhi permintaan, kini Tat Nanas Norfuzie  dibuat dengan bantuan mesin.

Pada tahun 2006 Nofuzie ingin melihat kualiti tat nanas yang dikeluarkannya, maka Tat Nanasnya telah dipertandingkan dalam Pameran MAHA kategori tat.  Sesungguhnya hasil dan mutunya mendapat pengiktirafan pada peringkat kebangsaan. Tat Nanas gulung Norfuzi dimartabatkan sebagai JOHAN.  Sejak itu Norfuzi tidak lagi menoleh kebelakang. Kini Norfuziecookies telah mengeluarkan pelbagai jenis cakes dan coookies serta mula meluaskan pasarannya sekitar Negeri Sembilan, Melaka dan Lembah Kelang. Sesiapa yang ingin membuat tempahan bolehlah menghubungi Norfuziecookies melalui talian
012-6286857 (Norfuzi) , 013-6187879 (Othman) atau 017-8706867(Zulfadhli).

No comments:

Post a Comment